fbpx

Cemas kereta dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa menggunakan alat gergaji lantai dalam kejadian di Jalan Kuala Dipang Pearl Park, Kampar pada pukul 6.55 pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

KAMPAR – Seorang wanita berdepan dengan detik-detik cemas apabila kereta yang dipandu telah dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Kuala Dipang Pearl Park di sini pada pukul 6.55 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, sebatang pokok didapati telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Toyota sedan.

“Komander operasi mengarahkan anggota memotong pokok tersebut untuk mengeluar mangsa menggunakan alat gergaji lantai. Mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI