fbpx

Berbaloi Ayda Jebat jatuh, cedera atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANTAP. Kecederaan kaki akibat terjatuh tidak menghalang Ayda Jebat meraih markah tinggi dan menjadi juara minggu pertama program The Hardest Singing Show.

SHAH ALAM – Kecederaan akibat terjatuh sewaktu beraksi tidak mengganggu persembahan Ayda Jebat sehingga berjaya meraih markah tertinggi pada konsert pertama program pertandingan hiburan terbaharu, The Hardest Singing Show.

Ayda atau Nur Suhada Jebat, 32, mengakui insiden terjatuh tersebut membuatkan kaki kanannya tercedera.

“Sebenarnya semasa praktis, sepatutnya saya kena buat ‘hand stand’, penari perlu terbalikkan saya dan saya mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

“Namun, ketika ingin mendarat saya terjatuh. Mungkin penonton di televisyen tidak perasan atau fikir gaya tersebut adalah sebahagian daripada persembahan.

“Beberapa hari sebelum ini, kaki kiri saya cedera kerana saya terpaksa bergantung di ATV dan kini kaki kanan pula sakit sebab terjatuh tadi.

“Minggu hadapan perlu melompat pula menggunakan kaki juga, semoga semuanya okey,” katanya kepada Kosmo! Online usai konsert minggu pertama The Hardest Singing Show malam tadi.

Mengangkat tema Mad Max, pelantun lagu Pencuri Hati itu enggan menjelaskan perbelanjaan kos keseluruhan untuk persembahan selain berharap aksinya memberikan pulangan.

“Kami cuba memberikan yang terbaik dan dalam masa sama tak mahu rugi. Ini ‘business show’, Nabil (suami) minta saya buat sehabis baik.

“Pertandingan baharu musim pertama, kalau boleh saya mahu persembahan jadi bahan rujukan. Saya dan pasukan saya sahut cabaran tersebut dan fikir bagaimana untuk naik ke tahap lain setiap minggu.

“Kalau boleh lupakan kos, insya-Allah harap berbaloi. Saya tidak mahu ada pihak salah tafsir dan apa saya boleh katakan, kos semua adalah daripada saya.

“Kita pun ada dapat bayaran mingguan daripada pihak produksi. Jadi, kita gunakan duit itu juga,” ujarnya lagi.

Dengan markah 95.24 peratus, Ayda meninggalkan lapan peserta lain selepas membawakan lagu medley Siapa Diriku dan Nakal Nakal Nakal.

Selain Ayda, peserta lain ialah Aepul Roza, Aisha Retno, Zizi Kirana, De Fam, Datin Alyah, Stacy, Putera Muhammad dan Kaka Azraff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI