fbpx

Anwar tiba di Qatar lawatan rasmi dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari disambut oleh Sultan (kanan).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat mendarat di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, ketibaannya disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.

“Sepanjang lawatan rasmi ini juga, saya akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar di samping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.

“Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Katanya, beliau berharap lawatan kerja tersebut membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI