fbpx

Anggota tentera mengaku mabuk didenda RM2,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan,.

MELAKA – Seorang anggota tentera didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memandu kereta dalam keadaan mabuk, tahun lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Francis Devi Anak Jenen, 31, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu sebuah kereta tetapi tidak layak memandu kerana berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 4.40 pagi di Jalan Limbongan pada 10 Disember 2023.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 dan juga boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Tertuduh juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun daripada tarikh sabitan.

Terdahulu, tertuduh tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia perlu menjaga menjaga ibunya yang sakit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Isshar.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,200 atau lima bulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI