fbpx

Saksi kemalangan maut motosikal dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri dalam kejadian di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, hari ini. - Foto IHSAN PDRM

IPOH – Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Jalan Sultan Nazrin Shah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45 pagi.

Katanya, kemalangan membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun yang menunggang motosikal dari arah Simpang Pulai menghala ke Gunung Rapat.

“Motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi kiri jalan menyebabkan mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya, di sini hari ini.

Katanya, orang awam yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI