fbpx

Rugi RM40,000 ditipu penjual Toyota Estima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Hasrat seorang ejen insurans, di Bahau, di sini, untuk memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, lebur apabila dia terperdaya jualan palsu dalam media sosial Facebook, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 40 tahun membuat laporan di Balai Polis Bahau, malam tadi, selepas berasa dirinya tertipu dan mengalami kerugian sebanyak RM 41,964.62.

Malah menurutnya, mangsa juga bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana diugut serta tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

“Berdasarkan siasatan pada 25 April lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semasa berada di rumah, mangsa telah berurusan secara talian aplikasi whatsapp nombor 011-20676847 atas nama Mr Eric 001 daripada Syarikat Asia Auto Fo Private Company untuk pembelian kereta yang diiklankan dalam aplikasi facebook.

“Mangsa telah bersetuju untuk membeli kereta jenis Toyota Estima dengan harga sebanyak RM 62,500. Bermula 2 Mei hinggga 8 Mei lalu, mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM 41,964.62 melalui 16 transaksi ke lapan akaun yang berlainan secara atas talian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI