fbpx

Rolls-Royce RM1.2 juta dijadikan kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA mewah Rolls-Royce dijadikan kereta polis Pantai Miami, Florida. - Foto Jabatan Polis Pantai Miami/X

WASHINGTON – Sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce berharga kira-kira AS$250,000 (RM1.18 juta) dijadikan sebagai kereta polis Pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post semalam.

Satu rakaman video menunjukkan kenderaan mewah itu dilengkapi dengan lampu siren dan diapit dua anggota bermotosikal.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan (kelengkapan) tambahan yang menakjubkan ini kepada pasukan pengambilan Jabatan Polis Pantai Miami,” ujar jabatan itu menerusi hantaran di platform X.

Bagaimanapun, kereta tersebut dilaporkan hanya dipinjamkan kepada jabatan polis tersebut oleh syarikat Braman Motors, dalam usaha menarik minat golongan muda menyertai pasukan penguat kuasa itu.

“Merekrut anggota polis di negara ini hari ini adalah satu perkara yang sukar dilakukan. 

“Menggunakan kereta ini akan membantu kami melakukan pengambilan (rekrut baharu) dengan sangat bagus,” kata Ketua Polis Pantai Miami, Wayne Jones kepada laman berita WSVN 7 News pada acara promosi di Pantai Selatan, Khamis lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI