SELAIN tular sebab baju nikah dikatakan mencolok mata, kecoh juga tentang ramai nak jumpa jodoh seperti pelakon Afifah Nasir iaitu di acara konsert.
Apabila ramai dapat tahu Afifah pertama kali bertemu dengan suaminya, Syed Hariz yang juga abang kepada kawan baiknya di sebuah konsert yang tidak didedahkan secara terperinci.
Bila dengar pendedahan sebegitu, memang ramailah wanita berstatus solo lebih bersemangat untuk ke konsert.
“Kalau macam itu, kena pergi konsert selalu untuk dapat jodoh.
“Sedihnya sebelum ini pergi konsert tapi tak jumpa jodoh pun. Mungkin salah konsert,” katanya.
Lucu baca komen netizen, tapi bukankah jodoh semuanya ketentuan Tuhan. Entah-entah jodoh anda sedang duduk di sebelah, siapa tahu? Mungkin.
Diva juga akan mulakan modus operandi mencari calon suami di konsert!
DIVA: Meriah betul Loop Music Festival 2024 di Bukit Jalil semalam dan malam tadi.