fbpx

Raba anak ketika isteri keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang lelaki ditangkap polis selepas dipercayai melakukan amang seksual ke atas anak perempuannya berusia 13 tahun di daerah ini dalam kejadian terbaru 2 Mei lalu.

Sumber berkata, kejadian berkenaan sudah berlaku beberapa kali sejak mangsa berusia 12 tahun lagi ketika si ibu tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan ayahnya itu mengadu kepada ibunya dan wanita berkenaan membawa anaknya untuk membuat laporan polis.

“Suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai melakukan amang seksual terhadap mangsa pada 2 Mei di sini seperti dilaporkan kanak-kanak perempuan itu.

“Laporan turut menyatakan kejadian sama berlaku beberapa kali sejak mangsa berusia 12 tahun lagi. Mangsa yang tidak tahan melaporkannya kepada ibunya,” katanya, di sini hari ini.

Sumber berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret dan perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan tangkapan telah dibuat ke atas suspek di Dengkil, Selangor pada jam 3.50 petang semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atau Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan di hospital untuk siasatan lanjut. Siasatan masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI