fbpx

Harapan 2023: Elyana ajak bersihkan hati, Baby Shima mahu netizen buka mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA dan Elyana.

PENYANYI Elyana mengharapkan kehadiran tahun baharu 2023 memberikan sinar keceriaan bukan sahaja untuk dirinya, bahkan kepada semua peminat yang menyokong perjalanan karier seninya selama ini.

Elyana juga meluahkan impian agar 2023 memberi sejuta perubahan dalam kehidupan dan dijauhi dengan ‘drama’ atau perkara negatif yang tidak baik.

“Semoga tahun baharu 2023 memberi sejuta perubahan dalam kehidupan kita. Kurangkan ‘drama’ dan jalani kehidupan dengan gembira,

“Apa yang paling penting sentiasa berfikiran positif, bersihkan hati dan semoga kita semua sentiasa hidup dalam kebahagiaan dan menyokong antara satu sama lain.

Baby Shima harap 2023 ‘buka mata’ netizen

SEPANJANG tahun 2022, nama Baby Shima tidak pernah sunyi daripada radar dunia hiburan.

Selain hal kerjaya, Shima, 30, kerap menjadi mangsa kecaman netizen kerana pelbagai isu seperti gelekan menggoda dan penampilan mencolok mata.

Hampir semua hal yang dilakukannya pasti akan menuai perhatian ramai sehingga dia dilabel sebagai selebriti sensasi.

“Doa saya untuk tahun 2023 ialah harap orang ramai khususnya netizen memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian dan lakonan berbanding isu picisan seperti yang kerap tular tahun ini.

“Semoga netizen juga lebih memerhati goyangan saya yang lebih mantap,” kata empunya nama Nor Ashima Ramli itu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI