fbpx

Misi Beckham realisasi impian peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dan Ronaldo menjadi seteru sejak dua dekad lalu dan Beckham mahu menyatukan mereka di Inter Miami. - AFP

FLORIDA – Karier legenda Portugal, Cristiano Ronaldo dijangka tidak akan berakhir di Liga Pro Saudi (SPL) apabila khidmatnya masih menjadi perhatian kelab-kelab luar, terutamanya dalam saingan Liga Bola Sepak Utama (MLS).

Difahamkan Inter Miami, pasukan yang dimiliki legenda Manchester United dan England, David Beckham melakukan percubaan berani untuk memancing Ronaldo ke kelab itu dalam masa terdekat.

Spekulasi itu sekali gus mencetuskan sensasi memandangkan peminat-peminat bola sepak dunia akhirnya dapat menyaksikan Ronaldo akan membentuk gandingan bersama pemenang lapan kali anugerah Ballon d’Or, Lionel Messi.

Hasrat Miami itu juga bukanlah spekulasi semata-mata memandangkan Beckham dilaporkan sudah menghubungi Ronaldo bagi menyatakan hasrat beliau untuk mendapatkan khidmat pemenang Euro 2016 berkenaan.

Bagaimanapun, perpindahan itu tidak mungkin berlaku tahun ini memandangkan Miami meletakkan sasaran untuk membawa masuk Ronaldo sebaik sahaja dia berusia 40 tahun pada 2025 nanti.

Sebagai rekod, Ronaldo dan Messi boleh dianggap sebagai seterus sepanjang zaman memandangkan kedua-dua pemain tersebut mendominasi bola sepak dunia dalam tempoh hampir dua dekad.

Messi yang mengetuai Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 memiliki lapan anugerah Ballon d’Or manakala Ronaldo yang merupakan pesaing terdekat mengumpul lima anugerah tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI