fbpx

Liga Super: Kelantan kecewa pulang ‘tangan kosong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasrat KDN FC untuk mencuri mata berharga tidak kesampaian selepas tewas kepada Sri Pahang malam tadi. - Foto ihsan KDN FC

KUANTAN – Pengendali Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Pak Jae-hong meluahkan kekecewaan kerana skuadnya gagal untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan pertama Liga Super selepas tewas 0-1 kepada Sri Pahang semalam.

Jurulatih import dari Korea Selatan itu berkata, barisan pemain telah beraksi dengan baik tetapi penyudah yang tumpul menafikan skuad itu untuk menafikan kemenangan tuan rumah.

“Saya kecewa tetapi perlawanan akan datang saya mengharapkan pemain dapat beraksi lebih baik dan memastikan kutipan mata,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal pemain tengah Tok Gajah, Manuel Hidalgo pada minit ke-63 memastikan Sri Pahang meraih kemenangan, sekaligus mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Selepas ini skuad Kijang Emas dijadual bertemu Sabah FC di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada aksi kedua Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI