fbpx

Kes Faisal Halim: Tiada pemain Selangor FC dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril Mokhtar.

PETALING JAYA – Pengurusan Selangor FC (SFC) mengesahkan tiada pemain utama pasukan dipanggil pihak polis susulan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan utama Gergasi Merah dan skuad kebangsaan, Faisal Halim pada 5 Mei lepas.

Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, setakat ini hanya dua individu melibatkan pengurusan tertinggi pasukan sahaja yang dipanggil pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat baru-baru ini.

Kata Shahril, pihak pengurusan tidak mahu terlibat dalam urusan siasatan berkaitan kes terbabit dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi mengenal pasti suspek simbahan asid itu.

“Setakat ini, saya tidak diberitahu mengenai pemain SFC dipanggil, belum ada.

“Mungkin pengurusan (pemimpin SFC) adalah, disebabkan laporan ugutan beberapa hari lalu. Laporan polis dibuat disebabkan ugutan dan mereka kena pergi ke balai untuk bantu siasatan.

“Cuma, saya tidak boleh komen lebih kerana takut menganggu siasatan,” katanya.

Sebagai rekod, pihak polis telah mengambil keterangan dua pengurusan Selangor FC yang sebelum ini didakwa menjadi sasaran seterusnya susulan insiden simbahan asid yang menimpa Faisal.

Faisal yang mesra dengan panggilan Mickey telah diserang oleh individu tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan melecur tahap empat tetapi kini dalam keadaan stabil selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI