fbpx

[VIDEO] Idea Tun Mahathir bina Putrajaya inspirasi buat ibu kota Nusantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi oleh laman sosial Chedet berkenaan perjumpaan delegasi dari Indonesia di Putarajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Delegasi Indonesia bagi pembinaan ibu kota baharu negara itu Nusantara, mengadakan perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah mencetuskan idea pembinaan Putrajaya sebelum ini.

Pertemuan pada 8 Mei lalu itu dihadiri lebih 20 orang delegasi Indonesia bagi mendapatkan pandangan serta idea berkenaan pembinaan Putarajaya yang dijadikan contoh kepada pembinaan Nusantara sebagai ibu kota baharu di Kalimantan menggantikan Jakarta.

Tun Mahathir melalui klip video tersebut telah menceritakan secara terperinci kenapa dan bagaimana Putrajaya dibina sebelum ini sehingga menjadi mercu tanda baharu bagi Malaysia.

Pembinaan Putrajaya dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1995, dan pembinaan siap pada 2005 dengan belanjawan kira-kira RM20 bilion.

Pada 1 Februari 1999, Putrajaya berjaya diwartakan ke dalam Wilayah Persekutuan, sekali gus menjadi tadbiran Wilayah Persekutuan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

“Kita bina Putrajaya kerana Kuala Lumpur terlalu padat, bangunan-bangunan kerajaan duduk di merata-rata. Kuala Lumpur sudah terlalu sibuk dan padat. Untuk ke satu tempat ke tempat yang lain akan mengambil masa yang lama.

“Jadi kita bina Putrajaya, untuk bina kawasan baru jangan cari kawasan yang telah ada bandar, buat bandar baru kerana kita akan bina semua baharu termasuk jalan dan kabel-kabel untuknya,” jelas Tun Mahathir dalam klip tersebut.

Malah beliau turut berkongsi bagaimana Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) dibina serta dua terowong yang dijadikan sebagai laluan keretapi laju dan satu lagi untuk kegunaan kabel-kabel elektrik serta komunikasi yang dipelajari daripada salah satu bandar dari Eropah.

Rata-rata orang ramai turut teruja dan memuji Tun Mahathir yang dikatakan seorang pemimpin Malaysia yang dihormati dalam dan luar negara selama ini.

“Tengok Tun M, umur dah lanjut tapi pemikiran dia tetap hebat. Kanak-kanak era 70-an dan 80-an akan tahu bagaimana Tun menjadi Perdana Menteri ketika itu,” jelas Ezery Naim.

“Hebat Tun, masih lagi menjadi rujukan kepada mana-mana pihak yang memerlukan. Idea dia masih diterima pakai dan masih segar. Semoga Tun diberi kesihatan yang baik,” kata Nazrul Helmi.

Nusantara bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia menggantikan Jakarta yang berisiko tenggelam kerana berada dekat dengan paras laut. Dijangka lebih 2 juta rakyat Indonesia akan berpindah ke Nusantara pada 2045 – KOSMO! ONLINE

@chedetofficialMany countries building new capitals. Some succeed, some fail. We can learn from all of them. We learn from those who fail not to do what they did. We learn from those who succeed to do what they do well.

♬ original sound – chedetofficial

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI