fbpx

Buaya dikesan di muara Kuala Paka pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat buaya yang didakwa ditemui di muara Kuala Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Selepas pengunjung Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus dan Pantai Pulau Kekabu, Marang digemparkan dengan kehadiran buaya baru-baru ini, haiwan reptilia sama dikesan pula berenang berhampiran benteng pemecah ombak berhampiran muara Kuala Paka semalam.

Salah seorang pemancing, Ahmad Nazri Zakaria, 45, mendakwa melihat kelibat buaya terbabit sewaktu sedang memancing di kawasan benteng pemecah ombak berkenaan.

“Ini kali pertama buaya dijumpai berkeliaran di muara Kuala Paka dan ia amat menggemparkan kami. Kawasan ini antara tumpuan untuk memancing dan sudah pasti membuat kami berhati-hati selepas ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu klip video berdurasi 16 saat memaparkan seekor buaya berenang berhampiran kawasan benteng pemecah ombak di muara Kuala Paka di sini tular di media sosial sejak semalam.

Ahmad Nazri percaya ia buaya sama yang dijumpai berenang berhampiran di Pantai Seberang Takir dan Pantai Pulau Kekabu sebelum ini.

Kosmo! Online Jumaat lalu melaporkan kelibat seekor buaya bersaiz besar dilihat berkeliaran berhampiran benteng pemecah ombak di Pantai Pulau Kekabu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI