fbpx

Bayi sembilan bulan antara tiga maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita dan bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Semporna-Tawau petang semalam. -Foto IHSAN POLIS.

SEMPORNA – Dua wanita dan bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Semporna-Tawau petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, mangsa Mariam Ali, 66, Mashitah Sabur, 24, dan bayi perempuan Haira Herwan yang berada di dalam kereta Perodua Viva disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, pemandu Perodua Viva lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pemandu van pelancong dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Semporna.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Viva hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dalam perjalanan dari arah Semporna menuju ke Tawau.

“Akibat daripada pelanggaran itu, semua mangsa yang berada di dalam Perodua Viva dikeluarkan dari kenderaan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna serta orang awam.

“Pemandu dan lima penumpang parah dan dibawa ke Wad Kecemasan Hospital Semporna oleh ambulans manakala pemandu Toyota Avanza lelaki berusia 46 tahun serta dua penumpang warga China masing-masing berusia 24 tahun hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI