fbpx

Anwar berterima kasih kepada UMNO raih undi Melayu dalam PRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

BAGAN DATUK – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan terima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana membantu PH mengekalkan kerusi Kuala Kubu Baharu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu beliau menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri sebelum Anwar berlepas untuk lawatan ke luar negara sebentar tadi.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan penghargaan tersebut ditujukan kerana BN berjaya memenangi semua lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu pada PRK tersebut.

“Yang paling beliau (Anwar) suka kerana meningkatnya sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada calon-calon kerajaan perpaduan.

“Semua PDM UMNO di sana meningkat (jumlah undi). Ada lapan, kesemuanya meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah restoran di sini hari ini.

Calon PH dari DAP, Pang Sock Tao, memenangi PRK itu dengan majoriti 3,869 undi menumpaskan tiga lagi pencabarnya.

PRK itu diadakan selepas kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, juga dari DAP akibat kanser. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI