fbpx

69,000 pengguna di P. Pinang alami gangguan air tidak berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyasarkan untuk memulihkan perkhidmatan bekalan air kepada kira-kira 69,000 pengguna di daerah Barat Daya menjelang pukul 5 petang, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan berkata, berlaku insiden berkaitan kegagalan elektrik melibatkan sebuah 11kV Medium Voltage Drive menyebabkan Rumah Pam Bukit Dumbar 2 (BD2) terhenti tiba-tiba, pada pukul 4 pagi tadi.

”Kemalangan ini menghalang PBAPP daripada mengepam air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua kepada pengguna air di daerah Barat Daya di kawasan dari Gelugor ke Bukit Penara di Balik Pulau.

”Sekitar 6.30 pagi, selepas memulihkan sistem elektrik dengan bantuan TNB dan kontraktor elektrik, PBAPP memulakan semula Rumah Pam BD2.

”Sejak itu, pasukan kerja PBAPP telah menjalankan kerja-kerja menyahudara di semua saluran paip utama di daerah Barat Daya untuk menyelesaikan isu kunci udara,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut telah menjejaskan bekalan air kepada 69,000 pengguna di 26 kawasan di daerah Barat Daya.

”Kawasan utama yang terjejas adalah seperti Bayan Baru, Jalan Pondok Upeh, Bayan Lepas, Jalan Teluk Kumbar, Batu Itam Bukit Belah, Jalan Tun Dr. Awang, Bukit Gambir, Jalan Sungai Tiram.

”Turut terjejas adalah kawasan Bukit Gelugor, Jalan Yeap Chor Ee19, Kampung Matahari Naik, Bukit Jambul, kawasan Lip Sin, Bukit Penara dan lain-lain kawasan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI