fbpx

11 maut bas rombongan pelajar terbalik di Jawa Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai memeriksa keadaan bas dan barangan milik penumpang semalam. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas bas yang membawa pelajar sekolah menengah terlibat dalam kemalangan di wilayah Jawa Barat, Indonesia, kata polis hari ini.

Bas tersebut membawa lebih 60 pelajar dan guru dari bandar Depok ke Lembang dalam satu rombongan selepas tamat belajar.

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 6.48 petang (waktu tempatan) semalam.

“Para pelajar baru sahaja meraikan tamat pengajian mereka apabila bas itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbalik ke kiri.

“Ia merempuh sebuah kereta dan tiga motosikal,” kata jurucakap polis wilayah Jawa Barat, Jules Abraham Abast kepada AFP.

Tambah Jules, daripada semua penumpang yang maut, sembilan daripada mereka ialah pelajar dan seorang guru.

Kemalangan itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal, menyebabkan 13 orang cedera parah dan 40 yang lain cedera ringan.

Sementara itu, ketua polis trafik tempatan, Undang Syarif Hidayat memberitahu akhbar Kompas bahawa dia mengesyaki brek bas itu rosak sebelum nahas berlaku.

Siasatan lanjut masih berjalan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN