fbpx

10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu cemas bilik asrama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik asrama Sahut yang terbakar di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) yang sedang nyenyak tidur nyaris maut selepas bilik asrama dihuni mereka tiba-tiba terbakar semalam.

Dalam kebakaran pada pukul 3.39 pagi itu, kesemua remaja berkenaan terselamat kerana sempat melarikan diri dari bilik asrama yang musnah kira-kira 70 peratus berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata, seramai 15 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik memberi maklumat berhubung kebakaran berkenaan.

“Sebaik tiba, 10 pelajar terlibat dimaklumkan berjaya keluar dari bilik asrama yang sedang marak terbakar berkenaan.

“Kerja-kerja pemadaman mengambil masa lebih dua jam untuk dipadamkan pada pukul 5.46 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zulhisham berkata, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI