fbpx

[VIDEO] Lelaki buta ajar tuisyen dari rumah ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Prakash ketika bertemu Anis Nabilah (gambar kecil) Khamis lalu.

PETALING JAYA – Kecacatan penglihatan yang dialami seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) bukan penghalang untuknya gigih berusaha mencari rezeki dengan mengajar tuisyen dari rumah ke rumah.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Prakash mengajar tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video dimuat naik oleh cef selebriti, Anis Nabilah pada Instagramnya hari ini, Prakash memberitahu setakat ini dia mengajar dua pelajar masing-masing di Bandar Sunway dan Cheras

“Sekarang sudah ada perisian di dalam telefon yang perlu diaktifkan untuk digunakan (bagi orang buta). Begitu juga dengan komputer yang apabila kita tekan papan kekunci, ia akan ‘bercakap’.

“Untuk mengajar Sejarah, saya banyak menggunakan perbincangan. Saya bagi topik dan berbincang. Saya juga akan berkongsi kepada mereka dan betulkan sekiranya ada yang perlu diperbetulkan. Saya tak banyak guna buku teks,” katanya sewaktu Anis Nabilah bertanya mengenai pendekatan digunakan ketika mengajar tuisyen.

Menerusi perkongsian Anis Nabilah pada kapsyen, dia menceritakan telah bertemu Prakash Khamis lalu sewaktu lelaki itu menunggu kenderaan e-hailing di tepi jalan.

“Saya tengok dia berdiri seorang diri dalam 10 minit. Banyak kereta ‘drive’ laju tepi dia, tapi e-hailing dia tak sampai-sampai. Jadi saya habis makan, saya pergi kepada dia dan tanya sama ada dia ‘ok’.

“Dia tunggu lama (e-hailing) mungkin dah lewat hampir 1 pagi. Saya tawar untuk hantar dia balik. Sambil tu saya sembang dengan dia, dia sangat sopan, lembut berkata-kata serta sangat jelas bertutur.

“Prakash cakap dia ajar tuisyen untuk SPM, setakat ini ada dua pelajar tahun ini. Tahun lepas empat orang, jadi dia sedang cari sesiapa yang nak belajar dengan dia,” katanya.

Anis Nabilah berkata, ramai yang mencadangkan Prakash untuk memuat naik kandungan video di media sosial, namun lelaki OKU itu memerlukan bantuan termasuk merakam, malah bayaran dikenakan juga mahal dan dia tidak mampu.

“Prakash ada kongsikan nombor telefon, jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi dia. Saya sangat gembira dapat berjumpa Prakash dan tolong kongsikan video ini agar dapat bantu Prakash mendapatkan lebih ramai pelajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anis Nabilah (@anis_nabilah)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI