fbpx

[TIDAK RASMI] PRK Kuala Kubu Baharu: PH mendahului 8,149 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao mendahului pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Keputusan tidak rasmi itu dikongsikan menerusi platform DAP di https://dapmalaysia.org/kkb2024/ setakat pukul 7.40 malam ini.

Sock Tao meraih 8,149 undi meninggalkan pencabarnya calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut yang memperolehi 4,456 undi.

Salin itu, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin masing-masing hanya meraih 80 dan 113 undi.

Setakat ini, sebanyak 13,133 kertas undi telah dikira daripada jumlah keseluruhan 40,413.

Untuk rekod, PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Muda dengan meraih majoriti 4,119 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI