fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Semangat kekitaan tunjang kemenangan calon PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-78 di WTCKL, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Semangat kekitaan yang erat menjadi tunjang kemenangan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan itu disebabkan semangat kekitaan yang erat melibatkan parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Biarpun kita dibaling dengan isu UMDAP (UMNO-DAP) dan agak sukar untuk kita membuat penjelasan. Namun hakikatnya, jalinan antara Barisan Nasional (BN) dan PH adalah tunjang kepada kerajaan bersama parti di Sabah dan Sarawak.

“Tunjang ini mesti diperkukuh. Saya telah menyatakan bahawa kepimpinan DAP banyak membantu calon BN dalam PRK dan ini kali pertama calon DAP bertanding di Kuala Kubu Baharu.

“Ia tidak salah jika kita membalas budi yang telah ditabur oleh mereka. Kenyataan saya dan pemimpin lain sentiasa diputar belit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Sambutan Ulang tahun ke-78 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam ini.

Ahmad Zahid berkata, keputusan PRK Kuala Kubu Baharu pada hari ini juga membuktikan bahawa kerajaan mempunyai daya tahan tinggi terhadap sebarang perkara yang diberikan oleh pihak seteru politik.

Malah, beliau turut berterima kasih terima kasih kepada jentera BN pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon DAP dan terima kasih kepada jentera BN-UMNO di seluruh negeri Selangor,” katanya.

Terdahulu, PH menerusi calonnya, Sock Tao menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 3,869 berbanding 4,119 undi yang dimenangani penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong.

Menerusi saingan empat penjuru, Sock Tao memperolehi 14,000 undi.

Sementara tiga pencabarnya, calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi, manakala calon Bebas, Nyau Ke Xin dan calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin masing-masing meraih 188 dan 152 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI