fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Saya ingat pangkah dua-dua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pengundi Orang Asli selesai membuang undi di Jabatan Pembangunan Pendidikan dan Nutrisi Kanak-kanak Kampung Pertak hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

HULU SELANGOR – Seorang warga emas Orang Asli mendakwa dia memangkah dua calon pada kertas undi ketika mengundi di Jabatan Pembangunan Pendidikan dan Nutrisi Kanak-kanak Kampung Pertak hari ini.

Menurut wanita berusia 81 tahun itu, dia berbuat demikian kerana mendengar kempen dibawa calon yang bertanding supaya memangkah nombor dua sambil menunjukkan simbol dua jari.

“Saya ingat undi dua-dua sebab saya dengar masa kempen, orang-orang luar datang kata undi dua. Jadi, saya undilah dua calon,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Pusat pengundian itu yang di terletak di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pertak mempunyai seramai 179 pengundi berdaftar.

Setakat pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sudah mencecah 55.79 peratus.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran dibuka pukul 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang ditutup pukul 2 petang tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Bebas, Nyau Ke Xin dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI