fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: PN kalah kerana peratusan pengundi luar rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal (tengah) bersama Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali (dua dari kiri) dan calon PN, Khairul Azhari Saut (lima dari kiri) ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN, Bandar Baru Batang Kali, di sini hari ini.

HULU SELANGOR – Peratusan pengundi luar yang rendah antara penyebab utama kemenangan tidak berpihak pada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, kali ini.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kekalahan juga mungkin berpunca daripada peratusan keluar mengundi pada PRK yang rendah iaitu sekitar 61 peratus.

“Saya fikir, dalam PRK kali ini kami dapati ada satu golongan terutamanya mereka yang bekerja di luar tidak mengambil kesempatan untuk pulang mengundi.

“Kalau daripada segi boikot, saya tidak nampak perkara itu berlaku,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN, Bandar Baru Batang Kali, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan analisis yang telah dilakukan, terdapat peningkatan bilangan undi PN di beberapa lokaliti terutamanya daripada golongan belia.

“Seperti trend yang kita dapat lihat dari pilihan raya sebelum ini, memang begitu banyak sokongan yang diterima oleh PN daripada anak muda.

“Ini menandakan sokongan kepada PN akan bertambah dari masa ke masa. Insya-Allah dengan sokongan berterusan ini, saya yakin sokongan dalam pilihan raya pilihan raya akan datang akan semakin kukuh.

“Malah, kami dapati berlaku kenaikan di satu satu tempat dan penurunan di beberapa lokasi. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, kami gembira dengan sokongan yang telah diberikan oleh para pengundi yang sebelum ini tidak bersama dengan PN,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendakwa PN bakal mengemukakan petisyen pilihan raya, Faizal berkata, PN bakal meneliti setiap perkara sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita akan teliti dahulu apa yang boleh kita lakukan dan tentunya kita akan ambil tindakan lanjut,” ulasnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI