fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: PH alami penurunan undi lebih besar daripada PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin

HULU SELANGOR – Jumlah pengundi bagi Pakatan Harapan (PH) didakwa berkurangan walaupun kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berpihak kepada mereka.

Menurut Pengarah PRK PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perkara sebaliknya pula berlaku pada PN yang tidak terkesan dengan penurunan walaupun gagal memenangi kerusi tersebut.

“Dahulu kita dapat 10,743 undi dan hari ini kita memperoleh 10,115 undi sekali gus menyaksikan penurunan itu hanya 628 undi sahaja.

“Pada PRK Kuala Kubu Bharu, kita bukan sahaja berdepan dengan PH tapi kita berdepan dengan dua kerajaan yang banyak laporan dan aduan sudah dibuat iaitu menggunakan kedudukan dalam kerajaan bagi menabur janji projek dan sebagainya,” dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN, Bandar Baru Batang Kali, di sini hari ini.

Menurut Azmin, keputusan pada malam ini membuktikan PN masih kuat dan tidak terkesan kerana hanya mengalami penurunan sebanyak 628 undi.

“Selain itu, faktor lain adalah kerana peratusan keluar mengundi jatuh merudum daripada 69 peratus kepada 61 peratus.

“Bagaimanapun, penurunan sokongan itu kecil berbanding penurunan peratusan mengundi,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan PH berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas merampas kerusi itu daripada MCA pada 2013.

Begitu pun, PH menerusi calonnya, Pang Sock Tao menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 3,869 berbanding 4,119 undi yang dimenangani penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong.

Menerusi saingan empat penjuru, Sock Tao memperolehi 14,000 undi.

Sementara tiga pencabarnya, calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi manakala calon Bebas, Nyau Ke Xin dan calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin masing-masing meraih 188 dan 152 undi. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI