fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi 19 tahun kaji calon sebelum undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yu Heng (kanan) gembira dapat menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang pengundi muda berusia 19 tahun sempat membuat ‘ulang kaji’ calon yang bertanding sebelum membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Pelajar Tingkatan Enam, Yap Yu Heng, berkata, dia juga teruja dan gembira kerana berpeluang melaksanakan tanggungjawab mengundi kali pertama.

“Saya gembira dapat mengundi hari ini dan sempat ‘study’ (ulang kaji calon), selepas itu baru saya buat keputusan.

“Saya berharap calon yang dilantik akan memperkembangkan sektor pelancongan di Kuala Kubu Baharu ini kerana saya lihat di sini banyak kawasan boleh dimajukan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, di sini hari ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Chan Sher Er, 25, gembira dapat mengundi buat kali kedua bersama kembarnya, Chan Sher Ni.

“Kami bersama-sama bangun pukul 7 untuk keluar mengundi. Ini kali kedua kami bersama-sama mengundi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu,” katanya.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran dibuka pukul 8 pagi hari ini membabitkan 39,269 pemilih berdaftar.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI