fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Hujan lebat di Hulu Selangor sehingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU SELANGOR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir bagi kawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang nanti.

Ketika ini, proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu sedang berlangsung dengan 18 pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

PRK DUN itu mempunyai seramai 39,269 pengundi berdaftar.

Dalam pada itu, katanya, hujan lebat turut dijangka melanda Perak membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan pula meliputi Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya hari ini.

Sementara itu, bagi Sarawak, cuaca buruk diramalkan tertumpu di Kuching, Serian, Samarahan, Miri manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) dan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI