fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: 50 peratus keluar mengundi setakat pukul 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mencatatkan 50.87 peratus setakat pukul 3 petang hari ini.

Jumlah peratusan itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan 39,269 pengundi berdaftar.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran dibuka pukul 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang ditutup pukul 2 petang tadi.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI