fbpx

Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024: Malaysia sekadar di tempat ke-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Malaysia, Azrai Abu Kamal (tiga dari kanan) dihimpit pemain New Zealand, Tarrant Blair (dua dari Kiri) pada kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Azlan Shah hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Impian Speedy Tigers menamatkan cabaran Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di tempat ketiga tidak kesampaian, sebaliknya pasukan tuan rumah terpaksa berpuas hati di tangga keempat selepas tumpas 2-3 kepada New Zealand sebentar tadi.

Speedy Tigers terlebih dahulu melakukan kejutan apabila mendahului melalui Azrai Aizat Abu Kamal pada minit ke-3, bagaimanapun New Zealand segera bertindak balas dengan memadam kelebihan itu dua minit kemudian melalui Scott Cosslett.

Lima minit kemudian Jonty Elmes meletak kiwi di hadapan untuk New Zealand mendahului 2-1 di separuh masa pertama sebelum Black Sticks berjaya menambah jaringan melalui pukulan sudut penalti Dane Lett pada minit ke-48.

Malaysian Tigers berjaya merapatkan kedudukan 3-2 melalui Fitri Saari, tetapi ia sudah terlambat untuk menyelamatkan Malaysia, manakala Kanada menamatkan cabaran di tangga tercorot selepas tumpas 1-4 kepada Korea. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI