fbpx

Dua penyamun tumpas, motosikal hilang 11 tahun lalu dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penahan dua individu disyaki terlibat kes curi motosikal membawa kepada penemuan sebuah motosikal dilaporkan hilang 11 tahun lalu. -Foto PDRM

KOTA KINABALU – Penahanan dua individu disyaki terlibat kes curi membawa kepada penemuan sebuah motosikal dilaporkan hilang 11 tahun lalu.

Kedua-dua suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun serta wanita berumur 46 tahun diberkas dalam dua serbuan berasingan daerah Kota Kinabalu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis, Azmi Abd Rahim berkata, semua suspek ditahan berhubung kecurian sebuah motosikal jenis Modenas Kris di Taman kemajuan, Likas pada Disember 2013 lalu.

“Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D4 JSJ IPK Sabah menahan seorang lelaki disyaki dan hasil serbuan membawa kepada rampasan sebuah Modenas Kris yang hilang disyaki dicuri pada 2013 lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi memaklumkan, suspek wanita ditahan di pejabat D4, JSJ IPK Sabah pada hari yang sama sekitar pukul 7.45 malam.

“Hasil siasatan mendapati suspek wanita disyaki terlibat dalam kes curi motosikal terbabit dengan berperanan sebagai penjual motosikal curi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI