fbpx

Pemandu wanita maut kereta jatuh tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dipandu mangsa.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu wanita dilaporkan maut selepas kereta yang dia pandu dikatakan terbabas lalu terjunam ke dalam tali air di Jalan Lahar Kepar, Penaga di sini, pagi tadi.

Mangsa, Siti Hawa Mohd. Isa, 40, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Alza.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda, Mohamad Yazi Taib berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.39 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa melibatkan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), BBP Butterworth. Mangsa dipercayai lemas akibat terperangkap di dalam kereta.

“Kereta tersebut ditemui pada jarak 200 meter dari lokasi kejadian. Semasa operasi, keadaan arus deras dan hujan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 9.55 pagi dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.06 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI