fbpx

Malaysia dilantik semula sebagai ahli Majlis Eksekutif OPCW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) bagi penggal 2024–2026 pada sesi ke–28 Persidangan Negara-Negara Pihak Konvensyen Senjata Kimia (CSP-28) di The Hague, Belanda.

Menurut Kementerian Luar (KLN), penggal tersebut akan bermula esok sehingga 11 Mei 2026.

Jelas KLN , Majlis Eksekutif tersebut yang terdiri daripada 41 Negara Anggota OPCW, berperanan penting bagi mengawal selia operasi Sekretariat Teknikal OPCW serta memastikan pelaksanaan dan pematuhan yang berkesan terhadap Konvensyen Senjata Kimia.

“Malaysia akan terus menyumbang pengalaman dan kepakaran negara selaku ahli Majlis Eksekutif tersebut selama lima penggal, termasuk penggal terkini bagi tahun 2022–2024.

“Justeru, kejayaan pemilihan semula Malaysia ini mencerminkan komitmen teguh dan sumbangan aktif negara bagi membantu OPCW memenuhi mandat pertubuhsn tersebut dalam melaksanakan usaha larangan senjata kimia serta memelihara keamanan dan keselamatan global,” katanya dalam kenyataan tadi.

KLN memaklumkan, Malaysia merakamkan penghargaan kepada negara-negara Anggota OPCW di atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada Malaysia.

Malaysia, melalui Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia, bersedia bekerjasama dengan Negara-negara Anggota dan Sekretariat Teknikal untuk memacu agenda dan matlamat pertubuhsn tersebut, demi kemaslahatan manusia sejagat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI