fbpx

Kes Faisal, Akhyar: Beri ruang polis siasat – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang media di Menara Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk melakukan siasatan secara meluas berhubung kes serangan ke atas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, siasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk untuk mengenal pasti motif serangan selain dalang terlibat.

“Kita kena ingat sudah ada tangkapan dibuat. Bila tangkapan dibuat pihak polis akan memulakan siasatan, jadi semua perkara yang boleh membantu polis mengenal pasti motif itu akan pihak polis berikan tumpuan termasuk yang saya katakan sebelum itu ada ‘bail up’ yang bertujuan untuk meletakkan sasaran kepada mana-mana pemain,” katanya ketika ditemui pada satu majlis di Menara Alor Setar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, siasatan juga akan menjurus kepada penggunaan media sosial yang bertujuan untuk membangkitkan rasa kebencian melalui hantaran yang meletakkan sasaran kepada individu tertentu.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan pasukan keselamatan akan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan sepanjang perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Media sebelum ini melaporkan Akhyar disamun dan dipukul menggunakan senjata tumpul di Terengganu, sementara Faisal disimbah asid di sebuah pasar raya di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI