fbpx

Hujan, ribut petir melanda utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, hujan dan ribut petir kini melanda di negeri-negeri utara Semenanjung meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan dan ribut petir juga melanda beberapa tempat di bahagian tengah serta kawasan pesisiran pantai Sarawak dan dijangka berlarutan sehingga petang nanti.

“Hujan dan ribut petir melanda negeri-negeri di utara semenanjung dan dijangka pulih menjelang tengah hari.

“Selain itu, keadaan sama melanda beberapa kawasan melibatkan bahagian tengah Sarawak di Samarahan, Sri Aman dan Betong serta kawasan pesisir pantai Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu Miri) dan dijangka akan berlarutan sehingga petang,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI