fbpx

Galak calon perajurit muda ada kemahiran teknikal sertai Tentera Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 1,498 orang perajurit muda terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 199/23 di Padang Kawad Pusasda, Port Dickson hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Golongan muda dari pelbagai kaum yang mempunyai kemahiran terutamanya dalam bidang teknikal dan teknologi dialu-alukan untuk menyertai Tentera Darat.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pasukan berkenaan amat memerlukan calon yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam mengendalikan peralatan atau alat-alat yang akan digunakan nanti.

Menurutnya, bagi menarik minat golongan muda berkenaan, pihaknya akan mengusulkan rekrut yang mempunyai diploma untuk dibayar setimpal dengan kelayakan akademik mereka yang diiktiraf dalam perkhidmatan.

“Kami menggalakkan penyertaan lebih ramai lagi anak muda berkebolehan seperti ini. Dalam siri ini (Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 199/23), ada seramai 78 perajurit muda yang memiliki diploma.

“Kami akan usulkan rekrut-rekrut ini (diploma), kami akan bayar gaji setimpal. Ini kelebihan kepada mereka tidak dibayar dengan gaji prebet tetapi mengikut kelayakkan diploma atau akedemik,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 199/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.

Seramai 1,498 orang Perajurit Muda Lelaki telah berjaya mengharungi latihan asas ketenteraan bagi siri kali ini yang bermula dari 3 November tahun lalu dan tamat hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain berkata, perajurit muda teramai adalah dari negeri Kelantan iaitu seramai 317 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI