fbpx

Empat dicekup kes pusat hiburan dibaling bom petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian baling bom ptrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Sen, Kuala Lumpur, awal pagi Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lagi suspek disyaki terbabit dalam kes sebuah pusat hiburan dibaling bom petrol di Jalan Yap Kwan Seng, di sini awal pagi Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, seramai empat individu berusia 25 hingga 28 tahun ditangkap berhubung kes tersebut.

“Dua tangkapan terbaharu itu dibuat awal pagi tadi. Kesemua tangkapan direman selama empat hari bermula sehingga Selasa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya masih menyiasat motif serangan bom petrol tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan di ibu negara.

Susulan itu, polis memberkas dua lelaki berusia 25 tahun di sebuah rumah di ibu negara kelmarin bagi membantu siasatan.

Rusdi bagaimanapun menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan unsur ekstremisme.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 kanun sama iaitu ugutan jenayah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI