KUALA LUMPUR – Tindakan empat lelaki melepak di atas bumbung sebuah pangsapuri di Cheras di sini dikecam netizen.
Menerusi video berdurasi 21 saat dikongsikan oleh Shere Amyza Mohd. Ali, kumpulan lelaki terbabit dilhat duduk secara santai di atas bumbung pada waktu malam.
Perbuatan itu sekali gus mengundang reaksi marah pengguna laman X kerana boleh mengundang kecederaan, malah ada yang menyalahkan pengurusan kediaman bertingkat berkenaan.
“Menyusahkan pihak bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penduduk di situ kalau ada yang jatuh mati. Tak pasal-pasal orang trauma ada mayat bersepai di bawah,” komen @tuiter40.
”Susah la macam ni. Tempat selamat banyak, tempat tak selamat juga la mereka nak melepak,” komen @Xerralala.
“Pengurusan residen buat apa,” komen @md_diy. – KOSMO! ONLINE
📹 Shere Amyza Mohd Ali pic.twitter.com/lbEJzZiSjF
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 10, 2024