fbpx

Chelsea tak perlu penyerang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (kanan) kini menutup mulut pengkritik dengan prestasi semasa yang meyakinkan buat Chelsea ketika ini. – AFP

LONDON – Banyak perkara yang dikatakan oleh penyokong me­ngenai penyerang Chelsea, Nicolas Jackson sejak berpindah daripada Villarreal dengan nilai perpindahan £30 juta (RM177 juta) pada musim panas lalu.

Walaupun Jackson gagal menyempurnakan 22 peluang besar apabila hanya meledak 16 gol dalam semua kejohanan dalam musim pertamanya bersama Chelsea, namun ­prestasi terkininya menunjukkan kelab itu tidak memerlukan penyerang baharu selepas ini.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menjelaskan bahawa musim pertama setiap pemain sentiasa menjadi sukar terutamanya apabila ia membabitkan seorang penyerang yang perlu beraksi de­ngan baik untuk menjaringkan gol buat pasukan.

“Musim pertama sentiasa sukar untuk semua pemain, ter­utamanya apabila anda seorang penyerang dan perlu beraksi serta menjaringkan gol. Semua orang mengharapkan anda ­untuk menjaringkan gol dengan setiap sentuhan.

“Dia adalah penyerang utama kami, satu-satunya penyerang yang cergas kerana Christopher (Nkunku) hampir tidak bermain sepanjang musim. Armando Broja juga kemudian berpindah ke Fulham kerana mahu lebih banyak minit permainan.

“Jackson bermain dengan luar biasa untuk pasukan, berlari, menjaringkan gol dan memberi bantuan. Dia seorang pemain muda dan saya anggap dia telah bermain dengan cemerlang,” kata Pochettino.

Biarpun sering dikritik hebat tetapi penyerang berusia 22 tahun itu masih berupaya meledak 13 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk dua jaringannya ketika membelasah West Ham United 5-0 pada Ahad lalu.

Kini, Jackson perlu mengekalkan momentum itu membantu Chelsea mencatat kemenangan ke atas Nottingham Forest di City Ground awal pagi esok bagi mencerahkan peluang mereka ke kejohanan Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI