fbpx

Banjir kilat dua mukim di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda membantu memindahkan barangan penduduk semasa banjir kilat di Kampung Haji Wahab di sini hari ini.

SUNGAI PETANI – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan enam rumah penduduk di dua mukim Daerah Kuala Muda di masuki air dalam kejadian banjir kilat hari ini.

Tiga buah rumah masing-masing di Kampung Haji Wahab di Mukim Sungai Petani dan Kampung Jerung di Mukim Sidam Kiri dimasuki air setinggi 0.3 meter menyebabkan penduduk terpaksa memindahkan barang-barang bagi mengelak rosak terendam air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, limpahan air secara mengejut dan berlebihan dikesan mula memasuki rumah penduduk sekitar pukul 10.10 pagi tadi.

“Kita telah menghantar anggota membuat pemantauan di dua kampung itu selain mengarahkan mereka membantu mangsa terlibat berdasarkan keperluan semasa.

“Sehingga kini keadaan telah mulai reda dengan air dikesan telah surut dan sehingga kini tiada pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan mangsa,” katanya.

Tinjauan di Kampung Haji Wahab mendapati,aliran air masih deras di jalan masuk ke kampung itu dan penduduk mula mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca masih tidak menentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI