fbpx

Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang Tagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang di ibu negara hari ini. -Foto FACEBOOK

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.

Menerusi hantaran di aplikasi Facebook, Anwar berkata, pemergian Mutang merupakan satu kehilangan besar buat negara dan negeri Sarawak khususnya.

“Mendiang juga miliki prinsip dan nilai kukuh serta serius dalam usaha reformasi Parlimen.

“Saya sampaikan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Datin Ho May Leng dan keluarga. Semoga mereka kuat dan tabah hadapi dugaan ini,” katanya.

Turut kelihatan memberi penghormatan terakhir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Semalam, Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara mengesahkan Mutang, 69, meninggal dunia pada 11.46 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas menerima rawatan di situ setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lalu.

Pada 19 Februari lalu, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI