fbpx

Aisyah terima ‘jentera’ baharu ke Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISYAH (tengah) akan berlepas ke Belgium pada 25 Mei ini untuk menyertai kira-kira 20 perlumbaan di sekitar Eropah sebelum menghadapi Olimpik Paris.

ATLET berbasikal lebuh raya wa­nita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir kini boleh memberi tum­puan sepenuhnya ke Sukan Olimpik Paris 2024 sejurus me­nerima basikal baharu untuk digunakan dalam penampilan sulung­nya di temasya itu pada Julai ini.

Pelumba berusia 27 tahun itu meraih suntikan semangat apabila menerima basikal jenama SL 8 Specialised yang disumbangkan oleh Tan Sri Mokhzani ­Mahathir dan Cheah Ing Shern.

“Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan diberikan. Tidak dilupakan juga MSN (Majlis Sukan Negara) yang sentiasa memberikan sokongan kepada Nur Aisyah sejak dia melayakkan diri pada November 2023.

“Semoga Nur Aisyah dapat melakukan yang terbaik nanti,” kata Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill semalam.

Aisyah akan berlepas ke Belgium pada 25 Mei ini sebagai persiapan terakhir sebelum Paris 2024 membuka tirainya secara rasmi bermula 26 Julai nanti.

Dia dijadualkan menyertai kira-kira 20 kejohanan pemanas badan di sekitar Eropah sebelum memulakan saingannya di Paris nanti.

Untuk rekod, Aisyah pernah meraih dua pingat perak acara lepas beramai-ramai individu dan berpasukan (lebuh raya) serta satu gangsa kategori kriterium pada Sukan SEA Vietnam 2021.

Dia juga berjaya meraih dua gangsa acara lepas beramai-­ramai dan kriterium pada edisi Sukan SEA seterusnya di Kemboja tahun lalu selain menamatkan saingan di tempat ke-11 acara lepas beramai-ramai sewaktu ­Sukan Asia Hangzhou 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI