fbpx

Ahli perniagaan rugi RM124,450 gara-gara phone scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang ahli perniagaan warga tempatan berumur 55 tahun dari Hutan Melintang kerugian RM124,450 setelah kerani syarikatnya terpedaya dengan sindiket phone scam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pengadu memaklumkan kepada pihaknya bahawa kerani terbabit diperdaya dan ditipu sindiket phone scam yang menyamar sebagai dirinya dan memberi arahan untuk mengeluarkan duit syarikat.

Beliau berkata, berdasarkan hasil siasatan awal, pihak polis mendapati pada 8 Mei lalu kira-kira pukul 1.50 petang, semasa sedang bekerja, kerani tersebut menerima pesanan WhatsApp dari nombor telefon pengadu memberikan arahan membuat pemindahan wang dari akaun syarikat milik pengadu ke dalam akaun penama tidak dikenali berjumlah RM30,000.

“Anak pengadu telah meluluskan transaksi pemindahan wang tersebut kerana beranggapan bahawa pengadu yang memberikan arahan tersebut.

“Pada 9 Mei 2024 lebih kurang pukul 1.45 petang kerani syarikat pengadu sekali lagi melakukan transaksi pindahan wang berjumlah RM8,000 ke akaun berbeza dan pada hari sama juga, sebanyak tiga transaksi pindahan wang telah dilakukan oleh kerani pengadu di syarikat milik pengadu yang berada di Gopeng berjumlah RM86,450 ke dua akaun berbeza,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, pengadu hanya menyedari nombor telefonnya telah digodam ketika berada di Hatyai, Thailand pada 10 Mei lalu apabila dihubungi rakannya yang bertanyakan sama ada dirinya mempunyai masalah kewangan dan meminta untuk meminjam wang.

Menurut beliau, pengadu tidak pernah memberikan sebarang arahan pindahan wang atau mahu meminjam wang daripada rakan-rakannya.

“Setelah disemak, pengadu mendapati sebanyak lima kali transaksi pindahan wang daripada akaun syarikatnya ke tiga akaun yang berbeza berjumlah RM124,450 l.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu) dan siasatan masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI