fbpx

14 tahun ‘solo’, Raja Azura kembali bersuami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Azura akhirnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal.

PETALING JAYA – Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura kini kembali bergelar isteri orang.

Raja Azura atau nama lengkapnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 51, berkata, selepas bersendirian kini dirinya sudah mempunyai pasangan hidup.

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

“Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Begitupun, berita gembira yang dikongsikan semalam hanya menunjukkan paparan video sekitar majlis persandingan tanpa sebarang perincian.

Kelihatan mempelai masuk ke dewan acara menuju pelamin secara berasingan mengikut adat sambil diiringi pembawa dulang hantaran.

Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku manis mengenakan persalinan putih sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu.

Pelakon drama Iskandar Chempaka itu juga tidak mendedahkan nama mahupun identiti teman hidupnya yang dipercayai berusia hampir sebaya.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti mendoakan perkahwinan kedua bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Antaranya seperti Ella, Yana Samsudin, Janna Nick, Haiza, Mimi Fly, Rita Nadira, Ajak Shiro, Nourul Depp dan Datuk Fizz Fairuz.

Usaha Kosmo! Online mendapatkan maklum balas Raja Azura belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.

Sebelum ini Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001.

Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI