fbpx

Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Mutang Tagal disahkan meninggal dunia pada pukul 11.46 pagi di IJN, hari ini.

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal telah meninggal dunia pada pukul 11.46 pagi, hari ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, mendiang telah menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei lalu daripada Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.

“Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian.

“Keluarga mendiang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,” katanya.

Terdahulu, Mutang Tagal, 70, telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan telah mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Beliau adalah merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan dan pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI