BANGKOK – Seorang wanita mendakwa bahawa trak pikap yang dipandu terbalik kerana tumpuannya terganggu akibat melihat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada telefon bimbit, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.
Wanita dikenali sebagai Praphaporn Jokthong itu berusia 35 tahun. Dia mengaku kerap melihat GPS pada telefon bimbitnya, menyebabkan dia terlanggar tiang lampu jalan di Pattaya.
Praphaporn mengalami cedera ringan di tangan dan kaki kanannya.
Dalam kemalangan kelmarin, wanita itu turut terperangkap di dalam trak pikap berwarna biru selepas kenderaan yang dipandunya melanggar tiang elektrik dan terbalik.
Prosiding undang-undang kejadian itu masih belum selesai.
Ini kerana kemalangan itu melibatkan kerosakan kepada harta benda awam. – AGENSI