JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita memakai ‘baju kelawar’ ketika memandu kereta sport Lamborghini, lapor akhbar Beritasatu semalam.
Menerusi rakaman itu, wanita tersebut dilihat memakai pakaian berwarna hijau. Dia keluar daripada kereta mewahnya yang berwarna kuning terang di hadapan sebuah kedai di wilayah Kalimantan Selatan.
Lebih mengejutkan orang ramai apabila wanita itu turut memakai selipar biasa yang banyak dijual di pasar.
Rakaman yang dimuat naik dalam akaun @lambe_turah di platform Instagram itu menjadi tular dan menarik perhatian netizen.
“Baju kelawar yang dipakai mesti daripada jenama Dior atau Balenciaga,” kata seorang netizen.
“Definisi orang kaya tapi hidup sederhana,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI