fbpx

Wanita maut lori terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan penyelamat sedang melakukan kerja menyelamat mangsa kemalangan melibatkan sebuah lori tanah jatuh gaung di sebuah kuari di Kampung Air Putih, Junjung, Kulim, hari ini.

KULIM – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas lori tanah yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung dalam satu kemalangan di sebuah kuari di Kampung Air Putih, Junjung, hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.49 pagi tadi, mangsa wanita berusia 30-an maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar, manakala mangsa lelaki berusia 30-an cedera selepas  tersepit di bahagian pemandu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim,Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti RRV dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP)  Kulim bersama lapan aggota bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota BBP Kulim turut dibantu anggota BBP Sungai Bakap, Pulau Pinang seramai enam anggota dan sebaik tiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati sebuah lori tanah dipercayai telah jatuh ke dalam gaung di kawasan kuari itu sedalam kira-kira 30 meter.

“Lori terbabit dalam keadaan terbalik dengan kesemua tayarnya ke atas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Hamizul Azuan, anggota bomba segera menjalankan kerja menyelamat dan hasil pemeriksaan pihak kakitangan ambulans Kementerian Kesihatan mendapati mangsa wanita sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ujarnya, pemandu lori berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tangan kemudian diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI