fbpx

[VIDEO] Pusat hiburan dibaling bom petrol disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Sen, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kejadian sebuah pusat hiburan dibaling bom petrol yang dilakukan beberapa individu tidak dikenali di Jalan Yap Kwan Sen di sini, awal pagi semalam.

Ekoran itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan menggunakan api.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd. Yusof berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu termasuk mengenal pasti suspek terlibat.

“Kejadian ini masih dalam siasatan dan perkembangan terbaharu akan dimaklumkan secara rasmi,” katanya ringkas.

Terdahulu, tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat memaparkan kejadian baling bom petrol oleh individu tidak dikenali.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar.

Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat memaparkan orang awam membantu memadamkan kebakaran di premis terbabit.

Berdasarkan tarikh dan masa pada rakaman video CCTV tular tersebut, kejadian itu berlaku pukul 2.18 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI