fbpx

Saya akan laksana tanggungjawab penuh integriti – Azam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam

PUTRAJAYA – Tan Sri Azam Baki memberi jaminan akan memastikan amanah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus dilaksanakan sepenuhnya.

Azam dalam satu kenyataan berkata, beliau juga akan manjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.

“Menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan semula saya ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“SPRM juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memaklumkan, Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh setahun berkuat kuasa 12 Mei ini.

Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Ibrahim selaras dengan Subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI